JUDUL BUKU : Sekali Lagi Abu Dhar
PENULIS : ahmad nabil amir
PENERBIT : GUEPEDIA
No. QRCBN : 62-39-3083-058
TAHUN TERBIT : Juni 2022
JENIS BUKU : Buku agama islam, Pembelajaran, Sejarah, Non Fiksi
KONDISI BUKU : BUKU BARU / BUKU ORIGINAL ASLI, LANGSUNG DARI PENERBITNYA
Sinopsis :
Dalam menyiapkan jalan bagi gelombang kebangkitan Islam yang tidak terbandingkan yang kita saksikan di Iran, banyak faktor yang terlibat. Salah satu yang paling penting adalah legasi Dr. Ali Shari‘ati (1933?1977). Beliau dilahirkan pada tahun 1933 di Kahak (perkampungan di Mazinan), pinggir Sabzevar, di timur laut Iran, dari keluarga ulama. Sebagai guru, ulama dan pengarang, Shari‘ati mempunyai pengaruh yang dinamik terhadap kelompok muda Iran melalui kelas, perbincangan, syarahan percuma dan artikelnya sepanjang 1960 dan 1970-an.
Shari‘ati merupakan ahli sosiologi yang mendapat pendidikan di Mashhad dan Paris, selain menjadi penuntut ilmu dalam bidang sejarah dan falsafah. Beliau menundukkan masyarakat kontemporari melalui penelitian, penggunaan istilah, pengalaman dan konsep yang ditemui dalam falsafah dan budaya Islam melalui analisisnya. Beliau merumus dan menayangkan kepada pelajar serta pembacanya pandangan alam Islam yang koheren dan mencetuskan ideologi dari perubahan sosial, politik dan ekonomi. Pandangannya banyak menyumbang kepada revolusi Islam Iran.
Shari‘ati dianggap sebagai arkitek utama dan perancang sewaktu Revolusi Iran, dan sosok intelektual yang paling berpengaruh pada kurun ke-20 serta dilihat sebagai penerus usaha Iqbal Lahouri dalam Gerakan Islam.
Shari‘ati membangunkan pendekatan yang segar dan baharu kepada Syiah dan mentafsirkan agama dengan cara yang revolusioner. Tafsirannya tentang Shi’isme menggalakkan revolusi di dunia dan menjanjikan keselamatan setelah mati. Shari‘ati merujuk kepada cap Syiahnya sebagai “Syiah Merah” yang beliau bezakan dengan “Syiah Hitam” atau “Syiah Safavid” yang didominasi-ulama, tidak revolusioner. Karya Shari‘ati sangat dipengaruhi oleh idea Third-Worldism yang beliau temui sewaktu belajar di Paris – idea bahawa perang kelas dan revolusi akan membawa keadilan dan masyarakat tanpa-kelas.
Beliau percaya bahawa Syiah tidak harus hanya menantikan kedatangan Imam ke-12 tetapi harus dengan aktif berusaha untuk mempercepatkan kedatangannya dengan memperjuangkan keadilan sosial, “malah sehingga mencapai syahadah”, mengatakan “setiap hari adalah Asyura, setiap tempat adalah Karbala”. Shari‘ati mempunyai pandangan yang dinamik tentang Islam: ideologinya tentang Islam berkait rapat dengan ideologi Allama Iqbal di mana menurut kedua inteligensia itu, perubahan adalah undang-undang lahiriah dan Islam yang terbesar.
Buku ini - And Once Again Ab? Dhar - diterjemahkan Shari‘ati daripada tulisan ‘Abdul Hamid Judat berbahasa Arab, tentang riwayat hidup Ab? Dhar, ke Bahasa Parsi. Beliau telah menulis kata pengantar bagi terjemahannya pada usia 22 tahun (1955) sedang bahagian-bahagian lain dari isi buku ini ditulisnya pada tahun 1972. Shari‘ati wafat di London, pada bulan Jun, 1977 dan disemadikan di Damsyik, berdekatan dengan kubur Zaynab, saudara Husayn, yang tewas di Karbala.